Beraya

assalamualaikum .
hari ini saya pergi beraya dengan kawan kawan saya and ya ,dia #ehem lima buah rumah sudah selamat dirayakan dengan pelbagai juadah yang telah dihidangkan .bukan selalu dapat macam ni ,setahun sekalikan ?budak budak ni sibuk mengusik si dia yang tengah malu malu kucing errr okay dah boleh berhenti tu sebenarnya .saya rindu saat saat macam ni nanti bila dah besar semua .kenangan kenangan tu takkan mudah luput macam tu saja .fahamkan maksud saya ?saya bukan nak jadi jiwang dekat sini tapi itu hakikatnya yang sebenar .samalah macam bila kita dah habis sekolah nanti #ketibaan terserlah bila kita dah kerja ,belajar di universiti nanti ,mesti kita ingat balik zaman sekolah kita tapi sejauh mana kebenaran tu ?saya nak tengoklah nanti macam mana sebab buat masa ini ,sekolah amatlah tidak menghargai kehadiran saya .dah ,sambung balik cerita awal awal tadi .saya makan ,makan dan makan di rumah orang .oh semestinyalah ,takkan tengok sajakan ?saya makan dalam kuantiti yang sedikit ,bukan ambik sekali terus ngap ,itu kurang sopan namanya .okay dah tak ada idea ,nak berhenti sampai sini sajalah .oh ya ,saya nampak cantik dan dia nampak tampan tadi ,k bye !

0 comments :