Bermulanya Sekolah

assalamualaikum .
jom berbahasa Malaysia !dah lama alyia tak cakap bahasa Malaysiakan ?nanti mesti korang ingat alyia ni langsung tak tahu nak cakap bahasa Malaysia .dah cakap bahasa Malaysia nikan ?tapi alyia tak guna bahasa baku ,itu sudah semestinya .dah ,nak cerita pasal hari esok pula ~ esok sekolah ,ya 27/08/2012 bermulanya persekolahan setelah seminggu bercuti untuk Hari Raya .siapa rajin nak pergi sekolah esok ?wahhh ,bagusnyaaa .alyia tak nak sekolah esok ,tak nakkk .nak cuti lagi ,kalau bolehlahkan ?tapi itu semua hanya dalam mimpi .lalaaa ,tahu sangatlahkan .Hari Raya tahun ni biasa biasa saja ,tak ada yang istimewa dan tak ada yang suram sangat pun .macam mana dengan korang semua ?oh ya ,Hari Raya yang ke-empat yang paling 'happening' dan 'best' .cukuplah sekadar saya dan dia saja yang tahu ,oppps !tak boleh cerita lebih nanti terbabas pecah rahsia semua .tiba masa dia ,saya akan ceritakan okay ?jangan risau ,saya pegang pada janji .

nanti buka sekolah nak raya dengan kawan kawan sekolah ,harapnya jadi .dengan kawan kawan asrama dah terlambat ,nasib baik dapat raya masa hari Khamis yang lepas .nampak gambar yang atas tu ?diorang kawan baru saya ,hampir semuanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) tapi ada yang dari sekolah lain juga .cantik dan ayu semuanya untuk yang perempuan dan gagah dan tampan untuk yang lelakinya pula .panjang cerita dia tapi yang pasti ,saya termenyibuk di situ .serius memang diorang sangat 'awesome' dan selamba .terima kasih sekali lagi kerana membenarkan saya menyibuk di situ .lain kali kita keluar berhari raya lagi ya ?K alyia mengada sangat dah ni tapi nak .malu tapi mahulah katakan .

0 comments :