Persediaan

assalamualaikum .
minggu depan peperiksaan akhir tahun ,ya .sangat sangat terkejut dengan cara yang comelkan ?saya tak belajar apa apa pun lagi ni .jadual pun tak keluar lagi sebenarnya hmmm tapi yang pastinya peperiksaan akhir  tahun akan berlangsung pada 08/10/2012 .keesokan harinya pula ialah Peperiksaan Menengah Rendah untuk murid murid Tingkatan 3 .cuak tak ?banyakkan doa ,solat hajat dan bertawakal ya ?istiqamah itu penting walaupun agak berat untuk dijalankan .jangan lepas habis peperiksaan terus tak buat .peringatan buat diri sendiri juga .banyak manfaat kalau kita dekatkan diri kita dengan Dia .solat lima waktu jangan pernah tinggal ya ?maaf bagi ceramah petang petang begini ,sekadar mengingatkan .

Sijil Pelajaran Malaysia ?bersediakah saya ?kalau kira kira ,tak sampai setahun pun saya akan menghadapinya .kalau ikutkan yang cikgu cakap ,bulan 10 tahun depan dah kena sedia sebab SPM tengah melambai lambai .tapi tapi yang paling penting tu ,lepas SPM !yaaaa ,apa nak buat ?oh Alyia Farzana ,belum habis pun SPM dah mula nak berangan ,shuhhh pergi jauh jauh .belum mula SPM pun lagi ha ,entah macam manalah nanti .itu maknanya juga cuma setahun saja masa untuk bersekolah .banyak benda kena fikir ni ,dari sekarang kena fikir .sepatutnya awal tahun ,sepatutnyalahkan .dah fikir cuma tak ambil endah #sangat jujur macam mana korang punya persediaan pula ?ataupun yang dah laluinya ?sila kongsikan bersama .

16 comments :

D-SIM said...

spm senang je #eh

Wilma said...

Teringat time sekolah dulu...
Tingkatan 4 adalah masa honeymoon saya...
Langsung tidak belajar (Ada pun time mau dekat-dekat exam jak)...Hehehe...
Tapi, time kelas, saya akan tumpukan 110%...
So, keputusan kira ok la ^_^
Tapi, adik janganlah jadi macam saya...
At least, sekali-sekala, pegang dan bacalah buku rujukan tu...
Boleh kan Sis?

Alyia Farzana said...

@Wilma ramai yg cakap tingkatan 4 masa utk berbulan madu hahahahah wahhh ,baguslah kalau masa kelas tumpukan perhantian ;) wowowow mesti keputusan hebatkan .insyaAllah ,saya akan ikut nasihat kakak hiks

Alyia Farzana said...

@D-SIM senang utk org yg dah melaluinya .

HannaNana Swift said...

belajar rajin2 yew. ;)

ayut said...

mesti boleh punyer...setahun lg...be positive..hihihi :)

Dhia Dirham said...

semoga berjaya!

~Cik Sweety~ said...

gud luck dear..

Si Matatajam said...

Apa2 pun akak wish u luck for the exam ok..Salam kenal...kak M follow sini..singgah Dari blog cikgu etuza..

Alyia Farzana said...

@HannaNana Swift terima kasih (':

Alyia Farzana said...

@ayut insyaAllah saya boleh ,amin :D

Alyia Farzana said...

@Dhia Dirham terima kasih (Y)

Alyia Farzana said...

@~Cik Sweety~ thank you darls :3

Alyia Farzana said...

@Si Matatajam hihi terima kasih .salam kenal juga ;)

etuza said...

selamat hadapi SPM, tq follow

Alyia Farzana said...

@etuza eh saya belum SPM lagi :)