Post Blog Kecil?

Assalamualaikum.
Macam biasa, alasan tak bagi apa apa berita dekat blog Alyia yang sangat comel ini ialah busy #SangatBusy Budak SPM mana yang tak busy? Cepat angkat tangan. Dengan kelas tambahan, tuisyen, seminar dan bla bla bla. No, Alyia bukan merungut just errr nak berkongsi rasa ketidak puasaan di hati. Murid murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 busy juga ke? Or biasa biasa saja? Nikmatilah zaman remaja anda dengan perkara-perkara yang berfaedah dan don't over the limit. Jangan menyesal di kemudian hari sebab dah tak berguna lagi. Gambar dekat atas tu  macam ada kena mengena tapi tak juga. Inputnya di sini ialah berkawan dahulu, nanti nantilah bercinta dan makna yang sama waktu dengannya. Advice yang selalu sangat dengar daripada orang tua right? Alyia bukan orang tua k, jangan salah anggap. Tapi Alyia nak tekankan yang advice tu memang betul. Enjoy being a single girl/guy before you get married with this one person.

Sebenarnya, Alyia dah lari topik #Eh Nak cerita pasal kerja sekolah yang menimbun, kelas tambahan setiap petang, tuisyen setiap malam dan tidur lambat setiap pagi. Ya, pagi. Kenapa pagi? Sebab pukul 12.30 sudah pagi. Harap maklum perkara-perkara kecil seperti itu ya #MukaCool Apa yang Alyia listkan semuanya tu dihadapi oleh setiap pelajar sekolah harian biasa. Kalau untuk pelajar-pelajar sekolah asrama pun tak terkecuali dengan kelas prepnya dan bengkel-bengkel menjawab soalan etc. Apa nak buat? Hadapinya dengan senyuman yang menawan bukan dengan senyuman yang garang. Ada seorang blogger komen tentang betapa post blog Alyia sangat kecil dan kiutnya. Apa komen korang? Please bagi idea dan pandangan masing masing #SendirianBerhad Alyia akan menanti dengan penuh sabar dan tenang ya. Katil sudah memanggil jadi maknanya apa? Yes, tidur. Pandainya, dah boleh pass with flying colours dah ni.

9 comments :

Hanida Moss said...

good luck in your spm :)

CiK FizA said...

kecil2 la comey kan? hee

tapi cik fiza suka yg besar. tgk blog cik fiza dh la. besar gedabak. hehehe

Amy Hana said...

Okey . gelak baca >.< saya dari sini : innallahmaana.blogspot.com

Aireyn Ashra ツ said...

Apapun good luck SPM this year :)

fatini_irdina said...

Hahaa sabar jelah kak. Fatini pun sama even baru form 3. Homework dan extra class memang tak boleh dipisahkan ^_^

Nurfaezah Abdullah said...

all the best in ur coming SPM ^^ strive to get the excellent result. make ur family, relatives, friends, school and country proud of u. jgn lupa being grateful to Allah selalu ye ^^

slm pershbtn from Brunei ^^

Puteri Nur Hidayah said...

Ok jer blog nie.. Cute aper..!
Hahaa! Biasa lah, puteri pn prnah duk asram jgak, mmg xkan lari drpda prep & ngan kelas tmbahan wktu ptang, klaz malam lg.. Haishh.., penat giler.. Rest pun skejap jer.

Bila time cuti jer, hooo..., mmg manfaatkan betol. Tidow spuas2 nyer.. Hehee!

D-SIM said...

take it easy, enjoy your last year of secondary school :)

Haziqah said...

salam aliya, gud luck!! huhu